Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva terharu dengan bantuan yang diberikan oleh rakan sepasukan, Safiq Rahim.
Pemain kelahiran Brazil itu tiba di salah sebuah pusat gunting rambut di Iskandar Puteri, Johor Bharu untuk memotong rambutnya.
Ketibaan beliau di sana bersama rakan sepasukan, Murilo Henrique menyaksikan Safiq sudah berada di sana dan sedang memotong rambutnya.
Mereka sempat bertegur sapa dan membalas perbualan ringkas sebelum bekas kapten Malaysia itu mahu beredar.
Safiq yang mahu membayar di kaunter meminta agar pihak kedai memasukkan sekali bayaran Bergson kepadanya.
“Tak perlu, tak perlu,” ujar Bergon kepada Safiq.
Safiq membalas jawapan Bergson dengan begitu spontan dengan berkata,
“Saya menang golf,” katanya.
Keakraban pemain JDT sentiasa menyerlah dalam dan luar padang apabila tidak merekodkan sebarang kekalahan dalam semua kejohanan musim ini.
Ujian berikutnya buat Harimau Selatan adalah berdepan Sabah di Likas pada 13 Julai 2024 jam 8:15 malam.