Advertising
“Terima Kasih Untuk Memori Yang Hebat, JDT” – Azwann Ismail
UltraSukan
JDT Futsal
Sponsors

Tonggak futsal Johor Darul Ta’zim (JDT), Azwann Ismail tampak memberi bayangan bakal meninggalkan skuad Harimau Selatan itu.

Azwann merupakan antara pemain tunjang buat pasukan JDT dalam meraih gelaran juara Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2024 dan Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024 yang lalu.

Ad

Sungguhpun begitu, jodoh Azwann dan JDT tampak makin hampir ke penghujung apabila satu hantaran yang dimuat naik di Instastory memberi bayangan beliau akan tinggalkan pasukan.

Ad

”Terima kasih untuk memori yang hebat, JDT” tulis Azwann Ismail di laman Instastory.

”Pemain berjersi nombor 17 (Azwann Ismail) mengucapkan selamat tinggal,” tambah beliau lagi.

Ad

Malah, Azwann turut menzahirkan ucapan penghargaan untuk Pemilik Pasukan JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor di dalam hantaran yang sama juga.

Ad

”Junjung kasih Tuanku (DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor)” ujar Azwann lagi.

Ad
Instadtory Azwann Ismail JDT “Terima Kasih Untuk Memori Yang Hebat, JDT” - Azwann Ismail

Sehingga kini tiada sebarang pengumuman dari pihak JDT mengenai perpindahan keluar oleh Azwann Ismail tatkala pasukan sedang lakukan persiapan rapi untuk musim akan datang.

Buat masa ini, hanya seorang sahaja pemain yang tinggalkan pasukan iaitu, Yazid Kamaruzuan yang menyertai Kedah dan perpindahan masuk membabitkan Syed Aizad dari Selangor.

Skuad futsal JDT ketika ini sedang rancak lakukan persiapan dengan beberapa aksi pra-musim diatur menentang pasukan di sekitar Lembah Klang dalam misi mempertahan kejuaraan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments