Terjahan Berkelas Dunia Feroz Disalah Anggap Pengadil
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan tengah JDT, Feroz Baharudin terpaksa akur dengan keputusan pengadil apabila beliau dilayangkan kad merah dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2022 antara JDT dan Sabah FC. 

Feroz telah dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-73 permainan selepas dikesan mengasari pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani. Pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali tidak teragak-agak melayangkan kad kepada pemain berusia 22 tahun itu.

Tindakan Feroz sebenarnya merupakan satu terjahan bersih yang berjaya dihasilkan. Jika dilihat semula menerusi rakaman ulang tayang, Feroz terlebih dahulu memenangi bola sebelum kakinya terkena Saddil Ramdani.

Advertisements

Bagaimanapun, tindakan Feroz dari kaca mata pengadil dianggap sebagai satu terjahan yang kasar.  

Kehilangan Feroz di bahagian pertahanan sedikit menggusarkan pengendali JDT, Hector Hidoglio yang terus membuat pertukaran pemain. Fernando Forestieri dikeluarkan bagi memberi laluan kepada Aidil Zafuan Abd Radzak untuk dibawa masuk. 

Benteng JDT kekal kebal dan skuad Harimau Selatan mengekalkan kedudukan sehingga tamat perlawanan. JDT meraih kemenangan berharga, 1-0 di Stadium Likas. 

Advertisements

Aksi separuh akhir kedua akan berlangsung pada Ahad, 20 November 2022 di Stadium Sultan Ibrahim. Bekalan satu gol menerusi jaringan Arif Aiman malam tadi sedikit sebanyak memberi kelebihan buat JDT dalam misi melayakkan diri ke pentas akhir Piala Malaysia 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram