Tersisih Di Selangor, Shahrel Fikri Angkat Kaki?
Dunia
Instagram-Selangorfc
Advertisements

Penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri Md. Fauzi semakin hampir untuk meninggalkan ‘Sang Gergasi Merah’ selepas dilaporkan bakal menyertai pasukan Negeri Sembilan FC.

Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di laman twitter beliau sebentar tadi. Nama Shahrel bukanlah asing di kalangan peminat bola sepak tanah air, ini kerana beliau sudah meledak empat jaringan bersama skuad kebangsaan.

Shahrel, 28 melalui perjalanan yang sukar bersama Selangor musim ini dengan hanya mampu meledak satu gol daripada 19 perlawanan. Ternyata sukar bagi Shahrel untuk mendapatkan kesebelasan utama bersama Selangor apatah lagi Selangor sudah mempunyai penyerang berbisa, Herlison Caion.

Advertisements

Untuk rekod, Shahrel pernah menggegar sukan bola sepak Malaysia pada tahun 2020 dengan beliau berjaya meledak 10 gol daripada 11 penampilan. Kecemerlangan yang dipamerkan Shahrel membuatkan beliau dipancing Selangor pada musim 2021.

Diharapkan penghijrahan Shahrel Fikri ke pasukan baharu dapat mengembalikan semula sentuhan pemain berasal dari Perak itu sekali gus mengetuk pintu kem Harimau Malaya yang bakal beraksi di Piala Asia tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram