Ads
Liridon Krasniqi Sedia Beraksi Percuma Demi Kedah
Inspirasi
FA Kedah

Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi sudah tidak sabar untuk kembali ke Kedah bagi membantu pasukan kesayangannya itu lebih-lebih lagi selepas melihat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Piala FA.

Advertisements

Hasrat tersebut dinyatakan sendiri oleh Liridon dalam ruangan komen Instagram KDA FC. Dalam komen tersebut, Liridon masih menunggu panggilan dari pengurusan Kedah.

Advertisements

Selain itu, beliau turut bersedia untuk beraksi bersama Kedah tanpa dikenakan sebarang bayaran kerana niatnya ikhlas untuk membantu.

Advertisements
Advertisements

“Telefon saya tidak berdering. Saya mahu pulang ke rumah (Kedah). Saya main secara percuma. Hanya nak membantu,” coret Liridon ringkas di ruangan komen Instagram KDA FC.

Komen yang ditinggalkan Liridon itu menerima respon positif peminat-peminat pasukan Kedah yang mahu melihat Liridon kembali ke Darul Aman.

Advertisements

Liridon yang juga bekas pemain JDT itu kini beraksi dalam kejohanan Baller League bersama pasukan Kafigtiger.

Kali terakhir Liridon dikesan beraksi bola sepak secara profesional adalah pada saingan Liga Malaysia musim 2023 apabila beliau menyarung jersi Terengganu FC selepas dipinjamkan dari JDT.

Advertisements

Kemenjadian prestasi Liridon bersama Terengganu telah dibuktikan dengan dua jaringan yang berjaya dicipta sepanjang 30 aksi bersama Terengganu termasuk di Piala AFC musim lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram