Thai League 1: Pesta Kad Merah Ragut Kemenangan Berharga Ratchaburi
Dunia
Ratchaburi FC
Advertisements

Aksi minggu ke-17 melibatkan pertembungan antara Ratchaburi menentang Lamphun Warrior berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Bintang sensasi Malaysia, Safawi Rasid turun buat kali kedua dalam kesebelasan utama pasukan jelas menjadi kunci buat jentera serangan pasukan.

Pemain pinjaman JDT, Moussa Sidibe hampir memecah kebuntuan pada minit ke-9 namun percubaannya tersasar.

Advertisements

Peluang terbaik hadir kepada kapten Harimau Malaya ini namun tandukannya berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol lawan yang sudah bersedia.

Keputusan separuh masa pertama tamat 0-0.

Bersambung babak kedua, anak didik Xavi Moro terus menggandakan usaha untuk meraih gol pertama perlawanan.

Advertisements

Penantian itu akhirnya berakhir apabila pemain import pasukan, Park Jun-heong menjaringkan gol pertama Ratchaburi.

Jonathan Khemdee membuat penampilan pertamanya untuk Ratchaburi apabila masuk sebagai pemain ganti pada perlawanan ini.

Kedua-dua pasukan terpaksa beraksi kurang daripada 11 pemain apabila Lamphun kehilangan dua orang pemain manakala Ratchaburi kehilangan seorang pemain.

Advertisements

Gol saat akhir oleh Lamphun telah meragut kemenangan bermakna Ratchaburi yang terpaksa berpuas hati sekadar meraih satu mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram