Thailand Hadir Ke Piala AFF Tanpa 7 Tonggak Utama
Dunia
Changsuek
Advertisements

Pasukan kebangsaan Thailand difahamkan turun dalam kejohanan Piala AFF Mitshubishi Electric 2022 tanpa kelibat 7 tonggak utama.

Juara bertahan Piala AFF ini menampilkan beberapa muka baharu dalam kempen kali ini dalam usaha mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada edisi sebelumnya.

Ketua jurulatih, Mano Polking dilihat memiliki percaturan tersendiri apabila bakal turun tanpa kelibat kapten pasukan, Chanatip Songkrasin.

Advertisements

Bukan itu sahaja, skuad Gajah Perang juga tidak dibarisi oleh beberapa orang pemain senior lain antaranya Supachok Sarachat, Supachai Jaided, Suphanat Muentha, Narubadin, Sarach Yooyen dan Pitiwat.

Thailand bagaimanapun kekal dengan barisan 26 orang terbaik bagi membawa cabaran negara tersebut dalam saingan kali ini.

Hal ini diburukkan lagi apabila Chanatip yang kini bersama kelab Jepun, Kawasaki Frontale memberi bayangan seolah-olah tidak mampu untuk beraksi dengan lebih lama.

Advertisements

Thailand berada dalam kumpulan A bersama-sama Indonesia, Filipina, Kemboja dan Brunei bagi mengharungi saingan Piala AFF 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram