Thailand Menjuarai Piala AFF 2020, Indonesia Kekal Kempunan
Dunia
Changsuek
Advertisements

Thailand mengesahkan kejuaraan Piala AFF 2020 selepas berjaya mengikat Indonesia 2-2 (agregat 6-2) dalam aksi ke-2 perlawanan akhir di Stadium Nasional Singapura.

Jaringan pasukan Thailand dijaringkan oleh Adisak Kraison 54′ dan Sorach Yooyen 56′ manakala jaringan Indonesia dijaringkan oleh Ricky Kambuaya 7′ dan Egy Maulana Vikri 80′.

Kejuaraan Piala AFF 2020 ini merupakan trofi AFF ke-6 Thailand sekaligus menjadi pasukan serantau terbanyak memenangi piala paling berprestij di rantau Asia Tenggara.

Advertisements

Indonesia pula kekal sebagai pasukan paling banyak layak ke perlawanan akhir. Timnas Indonesia layak ke perlawanan akhir sebanyak 6 kali dan masih belum pernah menjuarai Piala AFF sejak ia diperkenalkan pada tahun 1996.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram