Lagenda Arsenal, Thierry Henry memuji jaringan canrik yang dihasilkan oleh bekas penyerang Terengganu, Jordan Mintah.
Pemain itu kini beraksi bersama Kuching City itu pernah mencipta fenomena apabila jaringannya bertemu Kelantan FC telah membuka mata dunia.
Menerusi satu video reaksi oleh Stadium Astro, jaringan tonggak berusia 28 tahun itu menerima pujian bekas jurulatih Perancis B-23 itu.
Beliau menyifatkan jaringan Mintah itu amat cantik susulan tonggak Ghana itu bijak untuk memperdaya pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan.
“Itu gol yang sangat cantik kerana beliau boleh memusing melepasi kawalan pertahanan dan kemudiannya melepaskan sepakan.
“Ia adalah gol yang mengejut buat penjaga gol dan itu jaringan yang baik,” jelas Henry kepada Stadium Astro.
Terengganu berjaya mencatakan kemenangan 5-0 menentang The Red Warriors pada aksi April tahun 2023.