“Tiada Istilah Kalah Bagi Pasukan Kedah” – Nafuzi Zain
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kekalahan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di tangan Penang FC dalam aksi pusingan pertama Piala FA bulan lalu sudah pasti mahu segera dilupakan pengendali pasukan KDA FC, Nafuzi Zain apabila kedua-dua pasukan sekali lagi akan berentap dalam aksi ketujuh Liga Super (LS7) di Stadium Darul Aman, malam esok.

Mengulas mengenai perlawanan ‘Derbi Utara’ itu, Nafuzi menyifatkan Penang bukanlah lawan yang mudah dijinakkan dan beliau mengharapkan para pemain Kedah kekal fokus serta elakkan daripada melakukan kesilapan .

“Kami perlu terus kekal fokus disamping memastikan tidak mengulangi kesilapan bertemu Penang FC kerana kami tidak mahu kecewa buat kali kedua di laman sendiri.

Advertisements

“Penang FC adalah satu pasukan bagus dan mereka dibarisi pemain berpengalaman yang dapat memberi saingan sengit dan saya tetap menganggap mereka bukan lawan mudah,” ujar Nafuzi seperti dilaporkan Arena Metro.

Kedah yang kini berada di tangga kedua Liga Super dilihat semakin meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan bagi Nafuzi, untuk kekal berada di kelompok atas liga, mereka tidak boleh lagi keciciran mata.

Advertisements

“Oleh itu, untuk kekal berada di kelompok atas liga, kami tidak boleh keciciran mata dan bagi pasukan Kedah, tiada istilah kalah kerana kami perlu menang setiap perlawanan dengan bergaya”, katanya yang turut mengharapkan kehadiran semula pemain naturalisasi, Lee Tuck akan membantu bahagian tengah pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram