“Tiada Ribut Yang Kekal Selamanya” – Rodrigo Holgado
MakanBola
Malaysia NT

Pemain warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado tampak seakan meluahkan rasa gembira berkenaan berita gembira yang dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kelegaan itu diluahkan oleh Rodrigo Holgado menerusi satu hantaran di laman Instastory pemain tersebut sebaik sahaja FAM memuat naik kenyataan terkini oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Kenyataan tersebut memaklumkan bahawa CAS memberikan kebenaran buat 7 tonggak warisan Harimau Malaya termasuk Rodrigo Holgado untuk kembali terlibat dalam aktiviti-aktiviti bola sepak.

Keputusan CAS ini membawa maksud penggantungan yang dikenakan oleh FIFA ke atas 7 pemain ini ditangguhkan buat sementara ketika mana kes tersebut masih lagi berlangsung setakat ini.

Berita tersebut ternyata memberi ruang buat Holgado dan 6 lagi tonggak ini untuk meneruskan karier profesional mereka di peringkat kelab dan kebangsaan selepas digantung hampir 5 bulan.

“Apabila paling tidak disangka, matahari muncul kembali dan segalanya kembali baik,” tulis Rodrigo Holdo.

“Tiada ribut yang kekal selamanya,” tambah tonggak berusia 30 tahun itu.

Instastory Rodrigo Hogaldo “Tiada Ribut Yang Kekal Selamanya” - Rodrigo Holgado
Instagram Rodrigo Hogaldo

Masa depan Rodrigo Holgado bagaimanapun menjadi tanda tanya oleh kerana kelab terakhirnya sebelum ini, America de Cali difahamkan telah menamatkan kontrak pada penghujung tahun lalu.