Tidak Lupa Diri, Skuad Muda Negara Raikan Kejayaan Dengan Cara Tersendiri
Asia
TV OKEY
Advertisements

Kejayaan skuad muda negara mengungguli carta Kumpulan J sekaligus menjadikan Malaysia layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia B-23 2022. Malaysia sah dinobatkan sebagai juara kumpulan setelah berjaya mengikat Thailand 0-0 dalam perlawanan pagi tadi.

Meskipun kedua-dua pasukan tidak dapat menjaringkan gol, namun skuad muda negara telah berjaya menampilkan aksi bertenaga dengan kekebalan benteng pertahanan yang mantap. Malaysia bermain dengan begitu disiplin hingga tamat perlawanan.

Selepas wisel penamat ditiupkan, 4 orang pemain negara mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan apabila dengan rendah diri, meraikan kejayaan pasukan dengan sujud syukur. Syafik, Mukhairi Ajmal, Nik Akif dan Azrin Afiq dilihat menyatakan rasa syukur mereka kepada Tuhan dengan melakukan sujud syukur diatas padang.

Advertisements

Sikap para pemain negara ini wajar dipuji kerana ia sekaligus telah mempamerkan nilai-nilai terpuji dalam Islam. Sujud syukur bukanlah satu perkara yang asing dilakukan para pemain bola sepak yang muslim. Ia merupakan salah satu bentuk menyatakan kesyukuran dan mengingatkan diri kepada Allah setelah menempa sesebuah kejayaan.

Skuad kendalian Brad Maloney ini berjaya meraih 7 mata selepas 3 perlawanan. Dua kemenangan terhasil ketika menentang tuan rumah, Mongolia dan Laos serta satu keputusan seri dicatat ketika bertemu Thailand pagi tadi.

Pasukan B-23 tahun negara akan meneruskan cabaran ke Uzbekisten bagi menghadapi saingan Piala Asia B-23 pada bulan Jun tahun hadapan. Semoga pemain muda negara terus berusaha untuk mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram