Kekebalan Barisan Pertahanan Bawa Malaysia Ke Uzbekistan
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Percubaan pasukan Thailand untuk meraih 3 mata ketika berdepan pasukan Malaysia musnah apabila skuad kendalian Brad Maloney berjaya untuk menggagalkan hasrat tersebut untuk mencuri satu mata.

Turun dalam perlawanan terakhir kumpulan J, pasukan negara bermula dengan cukup garang apabila terus menekan bermula saat pertama dengan tidak memberi ruang buat pasukan lawan untuk merencanakan gerakan.

Bukan itu sahaja, disiplin dan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh para pemain Malaysia untuk tidak leka dengan sebarang gerakan yang cuba direncanakan oleh Thailand membuatkan tidak ada sebarang gerakan berbahaya dilancarkan pada separuh masa pertama.

Advertisements

Selain itu, kekebalan yang dipamerkan oleh barisan pertahanan negara yang diketuai oleh Azri Ghani sambil percaturan untuk mempertaruhkan tiga pertahanan tengah nyata membuahkan hasil apabila pasukan lawan sukar untuk mencari ruang bagi menembusi gawang gol negara.

Prestasi cemerlang ini telah pun dipamerkan seawal perlawanan pertama bertemu Laos apabila gandingan Zikri Khalili, Harith Haiqal dan juga Azrin Afiq dilihat cukup ampuh selain bantuan daripada dua pemain di bahagian tepi seperti Quentin Cheng, Azam Azmi selain Hairiey Hakim dan Umar Hakeem yang beraksi di bahagian pertahanan kiri bermain dengan sangat baik.

Mereka terus membuatkan barisan serangan Thailand buntu apabila menutup segala ruang dan peluang bagi menghasilkan jaringan.

Advertisements

Sungguhpun pasukan negara tidak berhasil untuk menjaringkan sebarang gol, namun prestasi yang dipamerkan oleh skuad negara amat membanggakan.

Malaysia secara rasminya layak untuk beraksi di Piala Asia pada tahun hadapan yang dijadualkan berlangsung di Uzbekistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram