Advertisement
Tiga Bintang JDT Terima Penilaian Tertinggi
ACL
MakanBola
JST

Wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan bahawa mereka mampu menumbangkan gergasi asia selepas menewaskan juara Liga K1 Korea, Ulsan Hyundai dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Akhyar Rashid menjadi wira JDT apabila berjaya meledak gol kemenangan pada penghujung perlawanan sekali gus memberikan kemenangan 2-1 buat JDT.

Disebalik kemenangan yang diraih JDT, pujian harus diberikan kepada semua pemain selepas berjuang habis-habisan sehingga wisel penamat ditiupkan. Melalui web Sofascore, tiga pemain JDT telah merekodkan penilaian tertinggi di antara pemain kedua-dua pasukan yang turun beraksi.

Tiga pemain tersebut adalah Arif Aiman, Heberty Fernandes dan penjaga gol, Syihan Hazmi. Ketiga-tiga mereka mendapat penilaian sebanyak 7.9/10. Penilaian tersebut diberikan Sofascore selepas menilai dari statistik yang direkodkan sepanjang perlawanan berlangsung.

Ketiga-tiga pemain JDT tersebut sememangnya layak dinilai setinggi itu selepas sumbangan yang diberikan sepanjang perlawanan sangat luar biasa. Heberty berjaya meledak satu gol dengan Arif Aiman pula berjaya menyumbang satu bantuan gol manakala Syihan Hazmi pula mempamerkan aksi menyelamat yang sempurna pada aksi tersebut.

JDT sofascore Tiga Bintang JDT Terima Penilaian Tertinggi
Penilaian yang diberikan kepada pemain JDT. Kredit Sofascore.

Kemenangan bermakna JDT ke atas Ulsan itu telah menyalakan harapan mereka untuk mara ke peringkat seterusnya. JDT kini berada di tangga ketiga kumpulan I dengan mengumpul 6 mata. Mata yang sama direkodkan Ulsan yang berada di tangga kedua.

Untuk perlawanan seterusnya, JDT bakal berdepan gergasi Jepun, Kawasaki Frontale di gelanggang lawan pada 28 November sebelum menjadi tuan rumah kepada BG Pathum untuk aksi terakhir kumpulan pada 12 Disember depan.