Tiga Pemain Malaysia Menyinar Di Eropah
Eropah
Johor Southern Tigers
Advertisements

Tiga pemain Malaysia berjaya menunjukkan kematangan beraksi di luar negara apabila menyinar dalam beberapa aksi di Eropah.

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam momentum terbaik selepas mengadakan aksi pra-musim di Alicente, Sepanyol.

Skuad kendalian Hector Bidoglio juga memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk beraksi bagi mendapatkan rentak permainan sebenar.

Advertisements

Beberapa pemain tempatan dilihat mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama Harimau Selatan selain mempamerkan ketajaman di hadapan gawang.

Antara pemain yang menyerlah di sana ialah pemain sayap sensasi, Arif Aiman Hanapi, Ramadhan Saifullah dan juga Nazmi Faiz Mansor.

Arif turun dalam kesebelasan utama menentang kelab Divisyen 3 Sepanyol, Real Murcia dan berjaya meledak satu jaringan cantik.

Advertisements

Larian deras oleh pemain berusia 22 tahun itu jelas memerangkap lawan sebelum mengatasi penjaga gol ketika JDT menang dengan keputusan 3-0.

Ramadhan Saifullah dan Nazmi Faiz beraksi ketika menentang La Nucia dan juga Club Costa City tatkala wakil Malaysia di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) ini mengekalkan kemenangan masing-masing dengan keputusan 3-1 dan juga 7-0.

Ramadhan cemerlang merekodkan hatrik yang dijaringkan pada minit ke-6, 65 dan juga 73 manakala Nazmi meledak satu jaringan pada minit ke-10.

Advertisements

JDT ketika ini masih berbaki 4 perlawanan dengan aksi terakhir dijadualkan pada 29 April 2024 menentang CF Benidorm.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram