Advertisement
Tiket Aksi Kelantan & JDT Hampir Habis, Pecah Rekod Musim Ini
Dunia
MakanBola
TRW Kelantan FC

Aksi tumpuan suku akhir Piala Malaysia yang menemukan Kelantan FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini ternyata menjadi perhatian bukan sahaja penyokong kedu-dua pasukan, malah ianya menarik minat pemerhati bola sepak tanah air untuk menontonnya.

Kedua-dua pasukan ini mempunyai sejarah tersendiri. Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu ialah pada 9 November tahun lalu yang mana menyaksikan JDT menang menewaskan Kelantan 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV bagi kempen Piala Malaysia 2021.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham telah berkongsi mengenai jumlah tiket yang telah terjual bagi aksi suku akhir malam ini. Dikhabarkan, setakat ini, sejumlah 18,000 tiket telah terjual.

Selain tiket yang laris terjual, Zamsaham turut mengumumkan tiket bagi tempat duduk di astaka telah habis dijual dan beliau turut mengingatkan para penyokong yang hadir agar menjaga kelakuan dan kebersihan stadium semasa perlawanan berlangsung.

Jualan laris tiket itu telah memecahkan rekod kehadiran penyokong di Stadium Sultan Muhammad IV bagi semua saingan Liga Malaysia musim ini. Dijangkakan jualan tiket ini akan terus meningkat naik sebelum sepak mula perlawanan yang dijadualkan bermula 9 malam ini.

Kedua-dua pasukan dijangka akan menurunkan kesebelasan terbaik bagi mendapatkan kemenangan sebelum aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim pada 11 November depan. Pemenang suku akhir ini akan bertemu di antara Kuching City atau Sabah FC di separuh akhir.