Tiket Percuma Aksi JDT & Lion City Sailors Di Stadium Sultan Ibrahim
Persahabatan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Peminat pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang menyaksikan perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim menentang Lion City Sailors secara percuma.

Perkara ini dikongsikan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Johor Darul Ta’zim sebentar tadi.

Aksi persahabatan menentang Lion City Sailors akan diadakan dua kali iaitu pada 4 April di Stadium Bishan, Singapura manakala di SSI pula pada 8 April ini.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Singapura akan dikenakan bayaran tiket bermula RM35 bersamaan dengan SGD6-10.

Tujuan utama aksi persahabatan ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan antara dua kelab selain menjadi medan ujian buat kedua pasukan menjelang kempen Liga yang akan bermula pada bulan Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram