Advertising
Tindakan Berani BAM Dapat Pujian Koo Kien Kiat
UltraSukan
Astro Arena

Bekas pemain badminton kebangsaan, Koo Kien Kiat melihat langkah BAM menghantar skuad pelapis ke saingan Badminton Asia Mixed Team Championship (BAMTC) 2025 sebagai berani.

Kempen BAMTC 2025 menyaksikan majoriti pemain pelapis negara diketengahkan BAM untuk menambah pengalaman di peringkat antarabangsa.

Ad

Percaturan tersebut menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat kumpulan. Kem negara tewas kepada Hong Kong dan juara BAMTC 2025, Indonesia.

Ad

Meskipun kempen Malaysia dalam BAMTC 2025 berakhir awal, Kien Kiat melihat ini langkah yang perlu diambil. Ini kerana ini membolehkan lebih ramai pemain pelapis mendapat pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa.

“Bagi saya, BAM panggil skuad yang betul (ke BAMTC 2025). Sebab banyak acara berpasukan macam Rexy (Mainaky) kata dalam kenyataan dia, tak banyak pemain-pemain pelapis dapat beraksi dalam acara berpasukan.

Ad

“Jadi, tindakan menghantar skuad ini (ke BAMTC 2025) bukan sesuatu yang salah,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

Kien Kiat turut berharap kegagalan kempen BAMTC 2025 menjadi pendorong buat pemain-pemain pelapis untuk bangkit dan menjadi lebih baik.

Ad

“Saya rasa pemain pelapis perlu jadikan matlamat untuk mendekati (jurang pemain) negara-negara lain untuk tambah baik prestasi sendiri.

“Saya masih ingat pada masa dahulu, pemain-pemain China baru berusia 18 tahun sudah raih gelaran juara.

“Itu menjadi sasaran saya untuk mencapai tahap sama seperti mereka atau menang dengan mereka satu hari nanti. Itu yang pemain pelapis (perlu lakukan sekarang),” ujarnya.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments