Tindakan Mulia Pemain Selangor Santuni Kanak-Kanak Sentuh Hati Peminat
Inspirasi
Dr Muhaimin
Advertisements

Pasukan Selangor FC mencuri perhatian peminat bola sepak di media sosial apabila menyantuni seorang kanak-kanak baru-baru ini.

Perkara ini dikongsikan oleh bapa saudara kanak-kanak tersebut, Dr Muhaimin menerusi satu hantaran di akaun X semalam.

Beliau menceritakan anak saudaranya, Seth Ali baru saja kehilangan bapanya,Muhamad Arif Bin Abdul Rani akibat penyakit leukemia.

Advertisements

Lantas, bagi mengubati kesedihan anak buahnya itu, beliau memohon kepada pengurusan Merah Kuning agar Seth dapat bertemu dengan barisan pemain dan staf kejurulatihan.

Permintaan Dr Muhaimin itu direalisasikan oleh pengurusan Selangor menerusi satu pertemuan yang diadakan pada 19 Februari lalu di Selangor FC Football Training Centre.

“Anak buah saya, Seth Ali sangat minat dengan bola sepak. Beliau baru sahaja kehilangan ayahnya kerana komplikasi leukemia.

Advertisements

“Dua hari lepas, Ali berpeluang untuk bertemu para pemain Selangor bagi mengubati kesedihannya. Terima kasih saya ucapkan kepada Selangor FC atas kesempatan yang diberikan kepada anak buah saya.

“Semoga Muhamad Arif Bin Abdul Rani tenang dan bahagia di alam sana. Sayang awak, Abang Arep!” katanya.

Menerusi video berdurasi 67 saat, Seth bukan saja berpeluang beramah mesra dengan barisan pemain dan staf kejurulatihan Merah Kuning.

Advertisements

Malah, kanak-kanak itu turut berpeluang melihat sesi latihan Selangor sebelum berlatih dengan penjaga gol Selangor diketuai Samuel Somerville.

Pengurusan Merah Kuning kemudiannya membuat satu kenyataan di mana ia merupakan satu penghormatan bagi Seth untuk bersama pasukan pada hari itu.

“Satu penghormatan untuk anda berada di sini dan menjadi sebahagian daripada keluarga The Red Giants. Kami harap kami dapat menceriakan hari anda, Seth Ali!” kata pihak pengurusan di X.

Advertisements

Tindakan murni yang dipamerkan pasukan gergasi Lembah Klang itu turut mendapat pujian ramai pengguna media sosial.

https://twitter.com/drmuhaimin/status/1760189170704957652

Ini kerana ini menunjukkan Selangor amat cakna dan mementingkan soal hubungan dengan komuniti setempat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram