Advertisement
Tindakan Pemain Indonesia Pijak Lawan Jadi Perhatian
Asia Tenggara
MakanBola
Screenchot Vidio.com

Pemain pertahanan Indonesia, Marckho Sandy menimbulkan kemarahan penyokong selepas didapati memijak pemain lawan.

Insiden ini berlaku pada minit ke-73 perlawanan Liga 1 Indonesia membabitkan Persis Solo dan RANS Nusantara. Menurut MakanBola Indonesia, pada ketika itu, Persis sedang mendahului 2-1.

Perlawanan mula panas apabila Marckho didapati melanggar pemain Persis, Muhammad Faqih Maulana sehingga terjatuh. Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil kemudiannya memijak punggung Faqih.

Sebaik pengadil mengesan insiden tersebut, kad merah terus dilayangkan kepada Marckho. Pada akhirnya, RANS Nusantara tewas 2-1 kepada Persis.

Begitupun, tindakan Marckho bakal menyusahkan RANS untuk beberapa perlawanan seterusnya. Walaupun secara automatik dikenakan penggantungan satu perlawanan, beliau berpotensi dikenakan hukuman lebih keras oleh Jawatankuasa Disiplin PSSI.

Ini kerana jawatankuasa ini akan menentukan sama ada berlakunya perlanggaran kod disiplin PSSI oleh pemain. Jika ada, maka jawatankuasa disiplin bakal menentukan tempoh penggantungan perlawanan yang perlu diharungi Marckho.

Di media sosial, ramai tidak bersetuju dengan tindakan bek kanan Timnas Indonesia itu. Antara pengguna yang berbuat demikian bekas rakan sepasukan di Timnas Indonesia, Adam Alis.