Dunia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris hari ini mencuri tumpuan para peminat bola sepak tanah air susulan satu komentar yang ditinggalkan di sebuah laman Instagram sukan tanah air.

Berdasarkan komen tersebut, individu yang mesra disapa TMJ itu dilihat mengajak pemilik akaun bola sepak tersebut untuk bersemuka bagi mengadakan diskusi secara berdepan kerana dilihat lantang menyuarakan pendapat di laman Instagram tersebut.

Ini susulan satu hantaran yang dilakukan oleh laman tersebut yang dilihat seakan-akan memerli pengurus Manchester United, Ole Gunnar Sloksjaer selepas tumpas 4-2 kepada Leicester City sekaligus menyebabkan pasukan tersebut gagal mencapai kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut.

Advertisements

Selain itu, hantaran tersebut juga memuatkan satu kata-kata yang tidak dituturkan oleh pengurus kelab tersebut yang mendapat perhatian para peminat yang merasakan ia seolah-olah berbaur ‘batu api’.

‘Kalau macam tu suruh netizen je jadi jurulatih dan kita tengok menang atau tidak pasukan Manchester,’- Tulis laman Instagram tersebut.

Ini sekaligus mendapat perhatian TMJ yang meninggalkan komen terhadap tindakan samin laman Instagram tersebut.

Advertisements

‘Saya nak sangat berjumpa dengan admin page seperti ini kerana sangat pandai tentang bola sepak, menguruskan kelab, pasukan kebangsaan, taktikal dan apa yang bagus untuk bola sepak.’

Sambil itu, baginda juga berharap agar dapat berjumpa individu tersebut untuk mengadakan satu sesi siaran langsung untuk penyokong bola sepak tanah air.

‘Seronok tengok makin banyak page bola dan juga individu-individu yang sama macam Pep Guardiola dan Alex Ferguson, syabas,’-Jelas TMJ menerusi komen tersebut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram