Advertisement
TMJ Cetus Revolusi Bantu Tingkatkan Prestasi Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
Johor Southern Tigers

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menjadi tulang belakang kepada perkembangan luar biasa yang dipersembahkan oleh skuad kebangsaan Malaysia ketika ini.

Menurut perkongsian oleh Hafizal Hamad di Nindia Bola, beliau membuktikan bahawa keterlibatan DYAM TMJ telah membantu untuk membawa prestasi Harimau Malaya ke satu tahap yang lebih tinggi.

Perkara ini bertitik tolak daripada prestasi memberangsangkan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila tidak memberangsangkan dalam saingan domestik musim ini.

Kata Hafizal, TMJ begitu optimis untuk memberikan sesuatu kepada bola sepak negara untuk terus mencipta kejayaan lebih besar menjelang Piala Asia.

“Saya buat ini demi Malaysia,” ujar TMJ seperti yang diungkapkan oleh Hafizal.

Kemenjadian skuad Harimau Selatan yang sudah menjulang dua trofi setakat ini selain berada di landasan terbaik untuk menjulang Liga Super buat musim ke-10 berturut-turut telah membentuk aura berbeza buat pemain yang dipanggil mewakili negara.

“Pasukan negara yang kuat datangnya daripada sebuah kelab yang menyumbang kepada skuad kebangsaan.”

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Dato’ Richard Scully, beliau berterima kasih kepada TMJ yang melihat perjalanan bola sepak Malaysia secara holistik dan mempersiapkan pemain berprofil tinggi di peringkat kelab.

“Sebuah kelab yang sudah sampai ke ACL telah memberi impak kepada pemainnya apabila beraksi buat skuad kebangsaan.”

“Terima kasih kepada TMJ kerana baginda melihat secara holistik. Baginda sudah menjustifikasi pemain yang bernilai buat Malaysia dan persembahan pemain dapat meningkatkan prestasi negara,” ujarnya kepada Nindia Bola.

Pada aksi persahabatan September ini, Kim Pan-gon telah mempertaruhkan 10 pemain yang beraksi secara konsisten buat JDT dengan kesemuanya memberi impak maksimum setiap kali diturunkan.

Nama-nama seperti Syihan Hazmi, Matthew Davies, Corbin-Ong, Endrick, Akhyar Rashid terus diberikan sandaran utama menjelang Piala Asia di Qatar, tahun hadapan.