Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali dengan gelaran TMJ meluahkan rasa keinginan untuk ‘belajar’ dengan pakar-pakar sukan bola sepak tanah air.

TMJ mengajak pakar-pakar bola sepak untuk hadir dalam sesi soal jawab bersama penyokong yang dijadualkan malam ini (20 September 2022) jam 8 malam.

“Bagi soalan power power. Sila bawa orang orang expert bolasepak, fakta,dan stats pada malam ini. Jangan pandai dalam social media sahaja.

Advertisements

“Dulu bertahun tahun sikit sikit Mora Out. Sekarang nak mora balik. Time Mora, semua asyik complain tak habis habis pasing belakang, game slow, tactical tak bagus dan macam macam lagi. Yang berbual pasal tactical ni dah berapa piala menang? Saya pun nak tahu,” luah TMJ dalam ruangan komen instagram rasmi JDT.

Dalam masa yang sama TMJ juga menanyakan soalan kepada penyokong JDT. Bagaimana prestasi kelab masih lagi tidak terjejas walaupun JDT dah tukar 11 jurulatih dalam masa 10 tahun.

“Mari kita jumpa malam ini. Saya pun banyak juga nak belajar dari expert expert bolasepak tanah air ini semua. Saya ada satu soalan yang saya ingin bertanya kepada para penyokong JDT sekalian. Dalam masa 10 tahun JDT telah tukar 11 jurulatih/coach, dan ramai permain. Tetapi macam mana ia tidak menggugat prestasi pasukan?,” tanya TMJ kepada semua penyokong JDT.

Advertisements
TMJ Komen TMJ: Dulu Nak Mora Out, Sekarang Nak Mora Balik
Komen TMJ di ruangan komen instagram rasmi JDT.

TMJ menantikan jawapan dari penyokong JDT malam ini. Sesi soal jawab yang diadakan di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim itu dijangkakan akan dihadiri ramai penyokong memandangkan semua penyokong JDT dijemput hadir dan akan ada siaran langsung di laman facebook rasmi JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram