Advertisement

Follow us:

TMJ Hadir Saksikan Sesi Latihan Harimau Malaya

Tmj 23 TMJ Hadir Saksikan Sesi Latihan Harimau Malaya
Flash sukan
Alif Syazani
@SyazaniAlif
6:33pm 05/01/2023
Pivo

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) hadir menyaksikan sesi latihan rasmi skuad kebangsaan menjelang aksi separuh akhir dalam saingan Piala AFF Mitshibushi Electric 2022. 

Sesi latihan rasmi Harimau Malaya diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya. 

Menerusi gambar daripada Flash Sukan, ketibaan Baginda Tuanku itu disambut baik oleh Presiden FAM, Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin.

Kehadiran Baginda pasti untuk memberi semangat kepada semua pemain yang berdepan misi getir untuk menentang Thailand yang akan turun dengan status juara bertahan. 

Skuad Harimau Malaya akan bertemu Gajah Perang bagi aksi perlawanan pertama yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.