Hiburan
Advertisements

Saat yang ditunggu pengikut akaun Instagram TMJ adalah sesi soal jawab dan dalam sesi soal jawab di story instagram TMJ terdapat soalan berkaitan Manchester United.

Seseorang bertanya berkenaan prestasi Manchester United:

“Komen Tuanku tentang prestasi Manchester United musim ini?”

Advertisements

Dan Tunku Ismail Idris menjawab:

“Tidak bagus. Ed Woodward harus digantikan dengan saya.”

tmj manchester united TMJ Ingin Ganti Ed Woodward

Walaupun kedengarannya seperti satu gurauan namun dalam satu hantaran story instagram yang lain Tuanku menyatakan telah melakukan perbincangan untuk mengambil alih sebahagian saham pasukan Manchester United.

Advertisements

“Tuanku tidak minat beli saham Manchester United?” Jelas pengikut TMJ.

Dan Tuanku menjawab, “Saya baru selesai mesyuarat berkenaan ini. Hanya pemilikan kecil. Kelab ini besar. Seperti yang saya katakan, saya terbuka dengan sebarang peluang.”

Manchester United yang kini berada di tangga ke dua Liga Perdana Inggeris dengan 14 mata di belakang Manchester City beraksi cemerlang sejak diambil alih Ole Gunnar Solskjaer selepas pemecatan Jose Mourinho.

Advertisements

Sebelum ini kecoh Tuanku turut menyatakan minatnya dalam pemilikan saham kelab yang berpengkalan di Sepanyol, Valencia CF namun Presiden kelab berkenaan menafikan khabar angin berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram