Dunia
TheStar.com.my
Advertisements

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan akan meninggalkan kancah bola sepak sepenuhnya jika JDT gagal untuk mencatat kemenangan menentang Kuala Lumpur City (KL City) dalam perebutan Piala Sumbangsih 2022.

Menurut satu kenyataan yang dibuat oleh baginda Tunku, perlawanan yang bakal berlangsung esok hari itu bakal menjadi penentu sama ada beliau kekal bersama JDT atau tidak.

“Jikalau kalah esok, saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa-apa aktiviti bola sepak dalam negara,” – Ujarnya di ruangan komen Johor Southern Tigers.

Advertisements

Sebelum ini, pasukan kendalian Benjamin Mora juga terpaksa menelan kepahitan apabila tumpas di tangan pasukan Bojan Hodak dengan keputusan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Perlawanan ini juga bakal menjadi penentu apabila kedua-dua pasukan sudah pastinya mahu menambah koleksi trofi dalam kabinet masing-masing.

Malah, rekod pertemuan kedua-dua pasukan ini dilihat amat sengit apabila JDT hanya mencatatkan kemenangan tipis 2-1 dalam saingan Liga Super sementara perlawanan sebelumnya, KL City berjaya mencuri satu mata.

Advertisements

Kedua-dua pasukan sedang membina momentum terbaik apabila penambahan pemain import yang dilakukan oleh JDT bakal menambah kekuatan terutamanya di barisan serangan pasukan.

Sementara itu, Kl City juga sedang menambah baik pasukan dengan kemasukan beberapa muka baharu bakal mengubah percaturan pasukan malam esok.

Komen TMJ 3 TMJ Ingin Undur Diri Jika JDT Tewas Menentang KL City
Instagram: Official Johor
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram