TMJ Kongsi Detik Cemas Di Thailand, Terlepas Saksikan Aksi JDT
Highlight
FA MALAYSIA
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsikan detik mencemaskan yang berlaku di Thailand hingga terlepas perlawanan membabitkan pasukannya.

Aksi Harimau Selatan dan BG Pathum United yang berlangsung di Bangkok bertukar cemas apabila berlakunya insiden keganasan di salah sebuah pusat membeli belah di sana.

DYAM TMJ juga berada di Thailand untuk menonton aksi JDT sempat berkongsikan detik hitam tersebut apabila baginda berada di hotel berhampiran dengan pusat membeli belah tersebut.

Advertisements

“Orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan. Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu.”

“Kami membawa kanak-kanak/keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya selain fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.”

DYAM TMJ dan pasukan keselamatan cuba mengawal situasi dan mengarahkan pasukan keselamatan untuk membawa baginda dan keluarga ke tempat yang lebih selamat.

Advertisements

“Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut.”

“Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor.”

“Kini kami selamat berada di Kedutaan. Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan kita untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.”

Advertisements

Kejadian tersebut juga menyebabkan baginda terlepas untuk menyaksikan aksi JDT namun syukur tidak kemalangan yang tidak diingini berlaku.

“Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat,” jelas baginda dalam kenyataannya.

Menurut beberapa laporan, terdapat sekurang-kurangnya tiga individu disahkan maut dan tiga cedera dalam tragedi tersebut.

Advertisements

JDT bagaimanapun berjaya merakamkan kemenangan besar 4-2 di gelanggang lawan untuk meraih kemenangan pertama di Asia tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram