Asia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ menzahirkan padangan tersendiri terhadap kemaraan pasukan Selangor FC ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim ini.

The Red Giants mara ke Asia setelah hampir sedekad tidak melakukannya namun semuanya atas perjuangan pasukan yang beraksi di pentas Asia terdahulu untuk mengumpul AFC MA Ranking buat Malaysia.

Mengulas lanjut, DYAM TMJ menyatakan bahawa rekod kemenangan berdepan Selangor masih memihak kepada JDT.

Advertisements

“4-0 di laman sendiri, 4-0 di tempat lawan, 2-0 di laman sendiri. Agregat keseluruhan 10-0. Kali terakhir JDT kalah menentang Selangor adalah zaman Dato’ Subahan.”

“Ketika itu bajet pasukan RM14 Juta sahaja. Semenjak Kroni FC mengambil alih, JDT tak pernah kalah 8 tahun dengan Selangor baru. RM46 Juta setahun kerajaan negeri bantu dan masih gagal selama 8 tahun.”

Baginda juga melihat kemaraan JDT juga atas hasil bantuan mata AFC MA Ranking yang dipungut oleh JDT untuk memastikan slot automatik menjadi milik pasukan Malaysia.

Advertisements

“Main ACL2 pun dengan bantuan sumbangan mata JDT dan masih berhalusinasi dan tak boleh terima hakikat.”

“Hentam pengurusan lama tetapi menyebut kejayaan mereka. Pengecut. Syabas dan tabik hormat kepada semua Presiden Selangor FA yang berjaya dan mencipta sejarah buat Selangor,” ujar DYAM TMJ menerusi satu komen di laman Johor Southern Tigers.

ACAB702F 0085 4129 AE63 756A691EE6B7 TMJ: Main ACL2 Pun Atas Mata Sumbangan JDT

JDT merupakan penyumbang mata terbesar AFC MA Ranking bagi tahun 2023 dengan 9.000 mata yang menyaksikan Malaysia mendapat slot automatik ke ACLE dan ACL2 tahun 2025/26.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram