TMJ: Peristiwa 2021 Takkan Berlaku Lagi
Piala FA
hrhcrownprinceofjohor / Johor Southern Tigers
Advertisements

Menjelang aksi final Piala FA 2023 yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City) malam ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim (TMJ) menyuarakan keyakinan pemain-pemainnya akan mempamerkan aksi terbaik.

Dalam satu video sesi soal jawab bersama JDT yang dikongsikan JDT di laman sosial mereka baru-baru ini, TMJ merasakan bahawa peristiwa kekalahan di pentas akhir Piala Malaysia kepada KL City dua tahun lalu tidak akan berulang lagi.

“Kita (JDT) boleh kalah. Kita boleh menang. Bagi saya, yang hari itu kita kalah (final Piala Malaysia 2021) adalah kita punya ‘bad day’. Kita tidak bermain macam mana JDT bermain.

Advertisements

“Selepas interview tersebut, saya katakan saya rasa benda itu tidak akan berlaku lagi. Kita boleh tengok empat ke lima perlawanan selepas itu menentang KL City, kami menang semua sekali perlawanan dan juga kami telah jaringkan 20 gol, mereka hanya jaringkan satu gol.

“Mereka kena tahu juga pasukan yang mereka (KL City) akan lawan pada final ni, bukan pasukan yang sama yang main pada 2021. Ini pasukan yang lain dan beberapa pemain yang berbeza. Saya berharap kami boleh menang dan mencipta sejarah lagi. Tapi dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku,” jelas baginda dalam satu sesi soal jawab.

Advertisements

JDT mempunyai kelebihan yang besar untuk merangkul Piala FA berdasarkan momentum mereka musim ini yang telah mencatatkan 100 peratus kemenangan. Selain momentum kemenangan, aksi final yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim itu juga dijangka bakal dibanjiri penyokong JDT yang akan memberikan sorakan padu kepada pemain-pemain JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram