TMJ Puji Impak Hong Wan Bersama JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris memuji impak yang dibawa oleh pemain muda pasukan, Nathaniel Shio Hong Wan ketika mereka melalui kempen yang sangat cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Pemain berusia 21 tahun itu diberi kepercayaan untuk menggalas tugas Natxo Insa tatkala pemain tengah berpengalaman itu direhatkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, dalam satu temubual bersama Astro Arena, baginda memuji impak yang dibawa oleh pemain muda kelahiran England ini ke dalam pasukan Harimau Selatan.

Advertisements

‘Hong Wan bagi saya sangat menakjubkan.’

’Dia sudah melakukan tugasnya dengan baik.’

Hong Wan diberi peluang untuk beraksi dalam 4 perlawanan saingan peringkat kumpulan I sama ada sebagai pemain utama mahupun sebagai pemain gantian.

Advertisements

Beliau dilihat cukup tenang utuk mengawal jentera tengah selain lebih berfungsi untuk menjaga kawasan JDT ketika dua lagi perancang tengah diberi kebebasan untuk merencanakan perlawanan.

Disiplin dan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh pemain ini untuk mengekang asakan lawan terutamanya ketika menentang Ulsan Hyundai nyata berbaloi apabila pasukan Harimau Selatan menang dengan keputusan 2-1.

Sebelum ini, beliau masih mencari-cari rentak untuk menyesuaikan diri dengan falsafah permainan kelab.

Advertisements

Namun begitu, Hong Wan kini sudah mempamerkan kemampuan sebenarnya untuk mengekang asakan bertali arus Ulsan Hyundai.

JDT lolos ke pusingan 16 terbaik ketika ini dan bakal berdepan cabaran Urawa Red Diamonds Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram