Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ mengesahkan bahawa perancang tengah berpengalaman, Leandro Velazquez kekal milik pasukan.

Pemain berusia 34 tahun itu disebut-sebut akan meninggalkan Harimau Selatan selepas kontraknya difahamkan telah pun tamat.

Menurut sumber Transfermarkt, kontrak bintang kelahiran Argentina itu telah pun tamat pada 2 Ogos 2023 sekaligus menguatkan spekulasi perpindahan pemain ini.

Advertisements

TMJ akhirnya tampil memberi jawapan dengan mengesahkan bahawa pemain ini masih kekal bersama JDT.

“No, still JDT,” ujar baginda TMJ.

Advertisements

Ketika ini, Leandro difahamkan masih dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan ketika berdepan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari.

Beliau menjadi watak penting di bawah kendalian Tano Solari dengan khidmatnya sudah pasti ditagih oleh pasukan.

Advertisements
Untitled design 5 TMJ Sahkan Leandro Velazquez Kekal Di JDT

JDT ketika ini gah memimpin saingan Liga Super apabila mencatatkan 18 kemenangan berturut-turut untuk meninggalkan pesaing terdekat, Selangor FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram