Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Teka-teki mengenai perpindahan pemain import JDT semakin hangat diperkatakan apabila perancang tengah berpengalaman, Leandro Velazquez dikatakan menjadi pemain yang bakal tinggalkan pasukan.

Pemain berusia 34 tahun itu merupakan tonggak utama buat pasukan Harimau Selatan sejak kali pertama bersama pasukan pada tahun 2015.

Pada musim ini, bekas pemain Argentina bawah 20 tahun ini telah menjadi pilihan utama ketua jurulatih,Tano Solari untuk mengemudi jentera tengah pasukan.

Advertisements

Khabar angin mula tular di media sosial mengenai perpindahan pemain JDT selepas pemain tengah Jepun, Takahiro Kunimoto dikatakan akan dibawa masuk oleh JDT.

Menurut tinjauan di laman Transfermarkt, pemain yang mesra disapa Kuni itu yang bakal hadir ke JDT dari kelab Portugal, Casa Pia. dan menyarung jersi bernombor 88 di JDT.

Advertisements

Selain pernah beraksi di eropah, Kuni juga pernah beraksi bersama pasukan gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai.

Menurut tinjauan di laman yang sama, kontrak Leandro difahamkan telah pun tamat pada 2 Ogos 2023 sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai kemasukan pemain Jepun itu ke Malaysia.

Advertisements

Pada musim ini, Leandro telah pun menjaringkan 5 gol dan melakukan 7 bantuan gol sekaligus menyaksikan JDT kekal di puncak Liga Super dengan rekod tanpa kalah setakat ini.

Ketika ini, beliau mengalami kecederaan serius selepas diusung keluar ketika berdepan Selangor tempoh hari.

Advertisements
Untitled design 4 Leandro Velazquez Tinggalkan JDT?

Berita mengenai perpindahan Leandro bagaimanapun telah disahkan oleh DYAM TMJ yang mengatakan bahawa perpindahan ini tidak menjadi kenyataan.

“Tidak, masih di JDT,” ujar baginda.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram