TMJ Sumbang RM300 Ribu Bagi Semua Kelab Liga Super Yang Menukar Padang
Liga Super
Azri/MakanBola
Advertisements

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ bertitah untuk memberikan bantuan kewangan sekitar RM300 ribu bertujuan untuk menyelenggara padang di setiap negeri bagi tahun 2024.

Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Belia & Sukan, YB Hannah Yeoh, beliau memaklumkan bahawa DYAM TMJ telah bersetuju untuk memberikan bantuan tersebut selepas setiap negeri menyelesaikan proses untuk menukar rumput di setiap negeri.

Perbincangan pihak kementerian bersama exco sukan setiap negeri telah dimaklumkan mengenai hasrat agar setiap stadium bakal menukar rumput yang lebih berkualiti bagi saingan musim baharu.

Advertisements

KBS telah bersetuju untuk menawarkan geran bernilai RM500 ribu kepada setiap negeri untuk menyelenggara sistem saliran (RM300 ribu) dan penukaran rumput (RM200 ribu).

Setelah selesai proses penularan rumput oleh setiap negeri, baginda bakal menyalurkan sejumlah RM4.2 juta untuk dibahagikan kepada setiap kelab Liga Super untuk penyelenggaraan rumput bagi setiap bulan.

“Bola sepak semenangnya menyumbang hampir RM600 juta kewangan setahun. Kami di pihak KBS telah memberi tawaran geran penukaran rumput Zeon Zoysia kepada setiap negeri.”

Advertisements

“Kita faham bahawa sebelum ini setiap negeri tidak menerima tawaran tersebut kerana mereka perlu berfikir untuk mencari wang lain bagi penyelenggaraan padang.”

“Tetapi kini KBS memberikan tawaran namun setiap kelab perlu menyelesaikannya pada bulan April 2024,” ujar Hannah Yeoh kepada MakanBola.

Hannah juga memaklumkan bahawa setiap kelab menyambut baik inisiatif ini namun meminta agar dibekalkan seorang penyelaras projek bagi menjayakan usaha ini.

Advertisements

Venue stadium pula akan ditentukan oleh kerajaan negeri sendiri namun perlu menentukan venue yang selaras dengan kriteria yang ditentukan oleh MFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram