KL Rovers Bakal Ke Liga Super?
Liga M3
KL Rovers
Advertisements

Liga Super musim depan berpotensi mengalu-alukan kehadiran naib juara Liga M3 musim 2023, KL Rovers FC.

Sebelum ini, KL Rovers menjadi sebahagian daripada tujuh pasukan Liga M3 yang gagal mendapat Lesen Kebangsaan untuk musim 2024-2025 daripada First Instance Body (FIB).

Selain KL Rovers, juara Liga M3, Imigresen FC, Harini Selangor FT, Armed Forces FC, Perlis United FC, Melaka FC dan Sarawak United FC juga gagal mendapat lesen daripada FIB.

Advertisements

Keputusan tersebut dibuat FIB dalam mesyuarat buat kali ketujuh yang diadakan pada 31 Oktober lalu.

Kini, pengacara Astro Arena, Hafizal Hamad mendedahkan nama pasukan itu disebut-sebut bakal menyertai Liga Super musim depan.

Gosip ini timbul selepas FIB mengumumkan Kelantan FC gagal mendapat Lesen Kebangsaan untuk musim 2024-2025.

Advertisements

Kelantan diberi tempoh sehingga 5.00 petang, 8 Januari ini untuk membuat rayuan kepada FIB berkenaan status lesen mereka.

Sekiranya rayuan The Red Warriors gagal diterima FIB, pasukan itu perlu membuat persiapan beraksi di Liga M3 musim depan.

Ini membuka ruang kepada pasukan seperti KL Rovers untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kelantan pada musim hadapan.

Advertisements

Bagaimanapun, Hafizal menyatakan penyertaan pasukan itu bergantung kepada status rayuan permohonan lesen kepada FIB dan kelulusan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Sekiranya semuanya berjalan lancar, satu lagi wakil Lembah Klang berpotensi memeriahkan Liga Super pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram