Liga Super
hrhcrownprinceofjohor / Selangor FC
Advertisements

Kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) telah meletakkan mereka kini berada di tangga ke-17 kelab terbaik di Asia.

Gergasi dari selatan itu baru-baru ini telah meraikan kejayaan memenangi kejuaraan Liga Super kali ke-10 berturut-turut sejak tahun 2014 sekali gus mengesahkan penyertaan mereka di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim hadapan.

Sebuah lagi pasukan yang membawa nama Malaysia ke pentas Asia musim hadapan adalah Selangor FC yang berjaya meraih kedudukan naib juara Liga Super musim ini di belakang JDT.

Advertisements

Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ baru-baru ini telah meninggalkan komen di laman instagram Boys Of Straits dengan mengatakan bahawa dengan kemenangan JDT di semua kejohanan domestik membolehkan pasukan lain beraksi di Asia.

“Kita tenang saja, tak macam orang jakun. Kalau JDT tak menang liga, Piala FA, Piala Malaysia, tak merasa ke Asia yang ada tu. Yang main Asia Elite (ACLE) ni pun setiap tahun main Asia, relax saja.

Advertisements

“Itulah mentaliti JDT. Malaysia dapat main ACL pun pasal siapa kalau tak JDT menyumbang point,” coret baginda di ruangan komen.

Baginda TMJ juga mengingatkan bahawa jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe adalah cadangan dari baginda sendiri semasa perjumaan di Hyatt Kuala Lumpur.

Advertisements

“Coach Tan Cheng Hoe pun siapa yang recommend masa perjumpaan di Hyatt KL? Manusia ni cepat lupa. Kadang kala dalam hidup ni jangan segan nak ucap terima kasih.

“Selamat malam keluarga JDT ku. Raja bola sepak zaman profesional,” coret baginda lagi.

Advertisements
TMJ komen 1 TMJ: Tan Cheng Hoe Pun Siapa Yang Cadang?
Komen yang ditinggalkan TMJ di instagram.

Penguasaan JDT musim ini menyamai pencapaian musim lalu apabila membolot kesemua piala yang dipertandingkan iaitu Piala Sumbangsih, Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Selain tidak dikalahkan dalam kesemua pertandingan domestik, JDT juga berjaya mencatatkan rekod 100 jaringan dalam saingan Liga Super musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram