Tomislav Steinbrückner Berminat Bawa Safawi Rasid Ke Terengganu
Liga Super
MakanBola
Terengganu & Ratchaburi
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrückner menyatakan minat untuk membawa masuk pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid ke Terengganu.

Perkara ini susulan kekalahan memalukan kenatas Selangor dengan keputusan 5-1 di Stadium MBPJ sekaligus merencatkan perjalanan pasukan.

Advertisements

Mengulas lanjut, pengendali kelahiran Croatia itu yakin beberapa aspek terutamanya jentera serangan yang dilihat tumpul berdepan The Red Giants.

“Ya sudah tentu kita mahu memperbaiki beberapa aspek dan posisi dalam pasukan Terengganu.”

Advertisements

“Sudah tentu Safawi dapat memberi nilai tambah kepada pasukan kerana beliau pernah bermain di bawah kendalian saya di T-Team ketika masih muda,” jelasnya kepada Astro Arena.

Tomislav juga melihat pengalaman dan kematangan pemain sayap JDT ini dapat menyuntik jentera serangan Skuad Peteh.

Advertisements

“Sekarang Safawi merupakan seorang pemain yang matang dan sudah tentu beliau akan memberi kesan yang besar kepada pasukan.

Terengganu kini berada pada kedudukan ke-6 dengan 13 mata selepas 9 perlawanan Liga Super 2023.

Advertisements

News Comments Account