Advertising
Tomislav Steinbruckner: Bola Sepak Malaysia Bukan Hanya JDT & Selangor
MakanBola
Terengganu FC

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner menggesa anak buahnya untuk menampilkan aksi terbaik berdepan Bali United pada esok.

Terengganu bakal berdepan Bali United dalam aksi Kumpulan G di pentas Piala AFC 2023.

Pada sesi sidang media pra-perlawanan, Tomislav mahu para pemain Terengganu bermain semaksimum mungkin dan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Ad

“Kita harus lihat kepada diri kita sendiri. Saya selalu katakan kita mesti bermain pada tahap maksimum bila beraksi untuk diri sendiri. Keputusan perlawanan wakil Filipina (jika berjaya menewaskan CCM) itu bagus tetapi itu tidak berguna kalau kita tidak bagus (bila menentang Bali United),”

Ad

“Saya tak mahu sentuh soal individu terlalu banyak. Kita satu pasukan dan kita putuskan pemain tempatan pada ketika itu, mereka mengambil peluang dan beraksi dengan bagus. Tetapi sesetengah situasi lain memerlukan kita mengubah pasukan atas sebab seperti keputusan perlawanan, kecederaan dan penggantungan.”

Pengendali dari Croatia ini juga yakin dengan kemampuan pemain tempatan di Terengganu. Menurutnya, di Malaysia bukan sahaja pasukan JDT dan Selangor yang miliki kualiti pemain namun anak buahnya juga miliki kualiti terbaik.

Ad
Ad

“Untuk bola sepak Malaysia, saya ingin komen sedikit. Bola sepak Malaysia bukan saja terdiri daripada JDT dan Selangor. Ramai pemain muda dari pasukan-pasukan lain. Di Terengganu saja, kita ada lima, enam, tujuh pemain muda yang bagus di mana mereka boleh menjadi masa depan bola sepak Malaysia.”

Ad

Terengganu bakal berdepan Bali United dalam aksi terakhir Kumpulan G di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam misi melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Perlawanan tersebut bakal berlangsung pada esok, pada 8 malam.