Advertising
Tomislav Steinbruckner Dapat Jawapan ‘Bocor’ Tentang Kekuatan Bali United
MakanBola
Azri / MakanBola

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner telah mengenalpasti beberapa kekuatan utama pasukan Bali United.

Menjelang aksi Piala AFC Terengganu berdepan Bali United hari ini, Tomislav jelaskan barisan kejurulatihannya telah melakukan persiapan rapi untuk aksi kedua di pentas Piala AFC.

Ad

Bercakap kepada wartawan MakanBola Malaysia, Faris Zukeiman ketika sesi sidang media, Tomislav sempat menyentuh tentang beberapa kekuatan Bali United iaitu diposisi tengah dan kelajuan pemain sayap Bali.

Ad

Seorang wartawan dari Indonesia turut mendedahkan bahawa Omid Nazari sebelum ini pernah beraksi di Liga 1 Indonesia. Menurut beliau, Omid semestinya miliki pengalaman serta idea bagaimana Terengganu mahu beraksi menentang Bali United.

“Terengganu ada Omid Nazari, bekas pemain di Liga 1 Indonesia, jadi bagaimana menurut anda tentang beliau?” tanya wartawan.

Ad

“Saya tak pernah cakap dengan beliau (Omid) tentang itu, tapi selepas informasi yang ada berikan itu, saya akan tanya beliau selepas ini,” senyum Tomislav.

Ad

“Kerana seperti kamu tahu, ini tahun kedua saya bersama Terengganu dan berbicara tentang Omid, beliau merupakan pemain yang bagus dalam skuad kami. Saya akan cuba cari info lebih tentang itu tapi ya seperti kamu tahu, hari ini kita tak boleh sembunyikan apa-apa.”

Ad

“Bola sepak kini ada visual, ada di youtube anda boleh lihat sorotan perlawanan. Untung buat saya dan begitu juga buat pasukan Bali untuk menganalisis kekuatan lawan, ujar Tomislav.

Terengganu bakal beraksi di laman lawan menentang Bali United hari ini di Stadium Wayan Dipta tepat jam 8 malam. Aksi Kumpulan G, Piala AFC 2023 ini penting untuk kedua-dua pasukan mengutip tiga mata.