Tonggak Harimau Malaya dilaporkan bakal berkelana si Liga Vietnam.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Thailand, Offeris Wichithote berkenaan perkhabaran baharu bola sepak Asia Tenggara.
Beliau dalam satu hantaran di laman sosial memaklumkan bahawa bakal ada perpindahan melibatkan pemain Malaysia yang bakal membawa haluan ke Vietnam.
Pemain tersebut dijangka menyertai Ho Chi Ming City dalam saingan V League bagi musim 2024/25.
“Ho Chi Minh City telah menandatangani pemain kebangsaan Malaysia untuk beraksi di V League bagi musim 2024/25.
Beliau juga memberi bayangan bahawa pemain yang dimaksudkan itu adalah tonggak yang beraksi buat JDT.
“Dari JDT,” jelas Offeris.
Setakat ini, penyerang import JDT, Nicolao Cardoso menjadi tonggak pertama meninggalkan pasukan selatan tanah air itu pada musim ini.
Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi berkenaan penghijrahan pemain kebangsaan diumumkan oleh kelab dan juga pihak pemain sendiri.
Offeris juga sebelum ini menjadi antara pelapor terawal berkenaan perpindahan Park Jun-heong dari Ratchaburi ke JDT.