Advertisement
Tonggak Kelantan, Chadrack Muzungu Sertai Al-Nasr
Transfer
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC

Bekas tonggak utama Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Chadrack Muzungu telah melengkapkan perpindahan ke Al-Nasr SC.

Pemain berusia 27 tahun itu tidak berupaya untuk memenuhi jangkaan beraksi di kelab Pantai Timur itu apabila hanya beraksi selama 5 bulan.

Jendela perpindahan Ogos lalu menyaksikan pemain kelahiran DR Congo itu membuat keputusan untuk meninggalkan skuad Kijang Emas bagi membawa haluan baharu di Libya.

Beliau yang merupakan antara pemain termahal di Liga Malaysia dengan nilai pasaran 450,000 Euro (RM2.1 Juta) telah menyertai kelab Libya, Al-Nasr Benghazi.

Skuad kendalian Tarek El-Ashri kini mengemudi carta Libyan Premier League dengan 15 mata hasil 5 kemenangan setakat ini.

Beliau sudah beraksi dalam tiga perlawanan di sana namun masih belum berpeluang untuk memahat nama selaku penjaring pasukan.

Semasa bersama Kelantan DN, Muzungu hanya beraksi sebanyak empat perlawanan Liga Malaysia (Liga M) termasuk aksi Piala FA 2024 menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) namun tidak mencipta satu jaringan dalam semua penampilannya.