Rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton siaran langsung melibatkan pertemuan antara Malaysia vs Vietnam secara percuma.
Harimau Malaya berdepan tugas berat apabila bakal melayan kunjungan anak buah Kim Sang-sik bagi aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Skuad negara cemerlang membuka kempen pada aksi pertama setelah menundukkan Nepal 2-0 sementara The Golden Star membelasah Laos dengan keputusan 5-0 pada Mac lalu.
Malaysia berdepan tugasan besar untuk menamatkan kemarau 11 tahun tanpa kemenangan menentang Vietnam apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Ketua jurulatih, Peter Cklamovski telah mengumumkan senarai 30 pemain terakhir yang bakal dibawa menentang juara ASEAN Championship 2024 itu dengan kehadiran 7 pemain warisan dari luar negara.
RTM bagaimanapun memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman sebagai pemain ke-12 apabila menyediakan siaran langsung secara percuma bagi perlawanan tersebut.
Para peminat boleh menonton perlawanan itu secara langsung menerusi saluran sukan RTM dengan segmen pra-perlawanan juga disediakan.
Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam
Tarikh: 10 Jun 2025 (Selasa).
Masa: 9.00 malam.
Venue: Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola & Sukan RTM
Keputusan penuh akan dikemas kini di MakanBola.com