Perlawanan persahabatan antarabangsan kelab menemukan juara dunia, Chelsea FC bertemu Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
The Blues turun ke jelajah di Asia dan bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bagi bertemu JDT.
Chelsea turun dengan momentum dan barisan terbaik setelah gah menewaskan jaguh Itali, AC Milan dengan keputusan 3-0 pada satu aksi persahabatan antarabangsa kelab di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia, malam Sabtu.
Beraksi di SSI, Chelsea dijangka tampil dengan barisan terbaik iaitu bintang England, Cole Palmer selain turut membawa Moises Caicedo, Levi Colwill dan ramai lagi.
Sementara itu, JDT yang dibimbing oleh Xisco Munoz pula sudah selesai aksi pra-musim di Alicente, Sepanyol dan mengharungi lapan perlawanan bersama kelab serata dunia di sana.
JDT dijangka turun dengan barisan terbaik dengan nama-nama seperti Arif Aiman Hanapi, Bergson Da Silva, Afiq Fazail, Syihan Hazmi, Marcos Guilherme dan lain-lain lagi.
Pengumuman terbaru daripada RTM Malaysia bahawa perlawanan antara Chelsea Vs JDT ini akan disiarkan secara langsung sekali gus membolehkan peminat serata Malaysia menyaksikan perlawanan bersejarah ini.
Peminat boleh menonton perlawanan ini secara percuma di TVOkey (Astro146) dan juga di RTM Klik dengan perlawanan dijadual bermula pada jam 8.00 malam (waktu Malaysia).
Chelsea kembali ke Malaysia — kali ini menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Sultan Ibrahim Stadium, Iskandar Puteri dan menjadi lawatan pertama Chelsea ke Malaysia sejak 2013 dan juga kali pertama mereka bermain di Johor.