Tuah Afro, Dari Liga Sosial Ke Skuad Kebangsaan
Dunia
Kuala Lumpur City League
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 25 Sept –Senarai nama pemain skuad kebangsaan yang baru dipanggil kali ini telah menampilkan beberapa muka baharu bagi menghadapi kempen Piala AFF Suzuki dan kelayakan Piala Asia kelak.

Harimau Malaya akan bertemu Jordan dan Uzbekisten pada Oktober depan sebagai persiapan awal. Perlawanan persahabatan ini bakal menjadi medan ujian buat Tan Cheng Hoe bagi merencanakan skuad kali ini. Turut dipanggil dalam skuad kali ini adalah enam pemain yang pernah dipanggil TCH sebelum ini iaitu Khairul Fahmi, Baddrol Bakhtiar, Arif Fadzilah, Faisal Halim serta dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.

Sementara enam muka baharu yang bakal diuji Tan Cheng Hoe iaitu penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz, dua pemain daripada pasukan Penang FC, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun. Turut serta pemain muda Terengganu FC, Hakimi Abdullah dan dua pemain pasukan Selangor FC, Mukhairi Ajmal dan Shahrul Nazeem.

Advertisements

Persembahan memukau pemain pertahanan Selangor FC, Sharul Nazeem ketika saingan Liga Super 2021 telah mendapat respon balas positif daripada penyokong bola sepak tempatan. Kecekapan dan kesungguhan pemain muda inilah yang menjadi asbab beliau dipanggil ke skuad negara kali ini.

Sharul Nazeem sebelum ini pernah berpangkalan di sebuah kelab Liga Sosial. Sharul atau lebih mesra dengan jolokan nama Afro, menganggap tuah bermain di Liga Sosial suatu ketika dahulu sebagai laluan teristimewa dalam perjalanan kariernya hingga terpilih menyarung jersi skuad Harimau Malaya kali ini.

Perjalanan karier Sharul Nazeem bermula pada 2018 di kelab yang bermain di Liga Sosial iaitu NPNG FC dan Marcerra United FC. Tahun berikutnya, pemain berusia 22 tahun ini terpilih untuk menjadi pemain Piala Presiden Selangor FA. Pada tahun 2020, Afro mengembangkan kariernya bersama Selangor II dan tahun 2021, beliau berjaya menambat hati Karsten Neitzel untuk menyerap masuk beliau ke skuad utama Selangor FC.

Advertisements

Pada musim ini, Afro berjaya membuat sebanyak 14 penampilan, 3 cleansheet dan 1 jaringan gol. Menurut statistik daripada Semuanya Analisis, Sharul berjaya melakukan sebanyak 107 ball interception, 208 challenges dan 121 ball recoveries.

Musim pertama Sharul dalam Liga Super telah membuka ruang buat dirinya untuk beraksi di peringkat lebih tinggi. Sharul akan bersama-sama skuad Harimau Malaya bagi dua perlawanan persahabatan pada bulan Oktober kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram