Advertising
Tuan Muqris, Pemain Yang Disiku Daryl Sham Dilaporkan Stabil
Liga Super
MakanBola
@PiangShankly

Terengganu FC menghela nafas lega selepas bek kanan muda, Tuan Muqris Tuan Noor Marzuki dilaporkan stabil selepas disiku di bahagian leher oleh pemain skuad B-23 negara, Daryl Sham semalam.

Insiden tersebut berlaku dalam perlawanan Liga Juara Piala MFL antara Terengganu FC II dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC II. Pada minit ke-12, kedua-duanya berebut bola sebelum Daryl menyiku leher bek kanan berusia 23 tahun itu.

Ini mengakibatkan Tuan Muqris rebah tetapi sempat menghantar bola yang membawa kepada gol pertama tuan rumah yang dijaringkan Syahmi Zamri.

Ad

Pertahanan muda skuad Peteh itu kemudiannya diusung keluar sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Penganalisis bola sepak bebas negara, Piang Shankly melaporkan Tuan Muqris kini stabil dan di bawah pengawasan doktor.

Ad

Apa yang membingungkan penyokong tuan rumah baik di stadium mahupun di media sosial ialah tiada tindakan diambil terhadap Daryl berkenaan perlakuannya yang menyiku Tuan Muqris.

Ramai menyifatkan tindakan tersebut sebagai membahayakan pemain lain dan pengadil, P. Jeevanathan sepatutnya melayangkan kad merah terhadap pemain tengah berusia 20 tahun itu.

Ad
Ad

Pemain tengah Harimau Selatan itu kemudiannya menerima kad kuning kerana membuat terjahan keras terhadap kapten Terengganu FC II, Aqil Irfanuddin Mohd Sabri pada minit ke-16.

Insiden ini dilihat menjadi pendorong skuad muda Penyu meraih kemenangan 2-1 ke atas JDT FC II sekaligus merampas kedudukan pendahulu Liga Juara Piala MFL.