Tugas Berat Menanti Ifwat Akmal Di Kedah
Dunia
KDA FC
Advertisements

Nama Ifwat Akmal bukanlah nama yang asing di kalangan peminat bola sepak negeri Kedah apabila beliau merupakan penjaga gol utama buat skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun musim 2023 akan menjadi satu tugas yang sukar buat Ifwat untuk mengekalkan kedudukannya sebagai penjaga gol nombor satu pasukan Kedah. Ini kerana di bawah kendalian jurulatih baharu, Nafuzi Zain, Kedah sudah mendatangkan dua penjaga gol baharu yang mempunyai kelebihan masing-masing.

Dua penjaga gol baharu itu adalah penjaga gol skuad kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz yang sebelum ini beraksi untuk Petaling Jaya City FC (PJ City) dan bekas penjaga gol utama Kelantan United FC, Fikri Che Soh.

Advertisements

Musim 2022 bukanlah musim yang baik buat Ifwat apabila beliau dihimpit dengan masalah kecederaan sekali gus menyekat aksi beliau bersama skuad Kedah. Ifwat hanya sempat beraksi 17 perlawanan dalam semua pertandingan melibatkan pasukan Kedah.

Beliau telah mengumpul 1364 minit permainan dengan mencatatkan enam perlawanan tanpa bolos. Kecederaan yang menimpa Ifwat membuatkan beliau direhatkan bagi tujuh perlawanan terakhir Liga Super Kedah sebelum beliau bangkit semula dan mempamerkan aksi terbaik dalam saingan Piala Malaysia.

Persaingan positif Ifwat, Kalamullah dan Fikri dalam merebut tempat sebagai penjaga gol utama pasukan Kedah pasti akan menjadi perhatian para penyokong Kedah yang sememangnya menantikan perubahan selepas musim 2022 yang tidak konsisten.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram