Perlawanan pasukan MSSM B-12 menjadi tumpuan tatkala Kedah Darul Aman muncul selaku pemenang edisi kali ini.
Aksi bagaimanapun tertumpu kepada perjalanan skuad cilik Sang Kenari yang berjaya menewaskan JDT B12 pada peringkat separuh akhir untuk mara ke pentas final.
Perlawanan tersebut tertumpu apabila kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1 yang membawa kepada penentuan penalti.
Kelebihan menjadi milik Kedah tatkala mereka memiliki profil penjaga gol yang berbakat besar dan mempunyai aura iras penjaga gol JDT, Syihan Hazmi.
Menerusi beberapa klip yang tular di media sosial, penjaga gol bertubuh comel itu beraksi dengan begitu yakin.
Malah, ketika penetuan penalti, beliau sempat melakukan cara syihan yang mengangkat tangan ke arah gawang gol dan membaca doa.
Usaha dan tawakkalnya itu membuahkan hasil apabila berjaya menyelamatkan penalti daripada pemain JDT yang membawa kepada kejayaan pasukan.
Kemenangan itu menyaksikan Kedah ke final dan menewaskan Perlis untuk dinobatkan selaku juara MSSM U12 2023.