Berita mengenai perpindahan pemain Barcelona SC ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mula tersebar di Ecuardor.
Perkara ini dilaporkan oleh salah seorang wartawan terkemuka Eropah, Joaquin Saavedra tentang kelibat penyerang berbisa Barcelona SC, Francisco Fydriszewski yang dikaitkan ke JDT.
Laporan tersebut menyatakan bahawa penyerang yang diberi jolokan ‘El Polaco’ itu menerima pelbagai tawaran dengan salah satunya daripada Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Mereka (JDT) mahu mendapatkan khidmat Fransisco secara percuma daripada Barcelona SC berikutan tunggakan gaji selama sebulan.
Berita ini juga telah diulang ciap oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam tentang berita perpindahan pemain ini ke JDT.
“Dari Barcelona ke Malaysia. ‘El Polaco’ Francisco Fydriszewski dilapor menuju ke Malaysia. Menurut media antarabangsa, Polaco yang beraksi bersama Barcelona SC sebelum ini dikaitkan dengan bekas jurulatihnya Hector Bidoglio,” ujarnya.
Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi mengenai perpindahan ini tatkala kuota import pemain JDT sudah terisi sepenuhnya setakat ini.
Fydriszewski yang kini berusia 31 tahun telah meledak 9 gol dalam 11 penampilan bersama Barcelona SC dalam saingan Liga Pro di Ecuardor.
Laman Transfermarkt mencatatkan nilai pasaran pemain Argentina ini sekitar 1.2 Juta Euro (RM6.06 Juta) berdasarkan kemas kini semasa.