Tular Kejadian Penyokong Ceroboh Cemari Aksi Sepanyol & Colombia
TV
EuroFoot
Advertisements

Perlawanan persahabatan antarabansa membabitkan Sepanyol dan Colombia awal pagi tadi kecoh gara-gara tindakan beberapa penyokong menceroboh padang semasa rehat separuh masa.

Akaun X, EuroFoot memuatnaik video beberapa orang penyokong Colombia masuk ke padang Stadium London sebelum cuba bermain bola di situ.

Gelagat mereka disedari oleh steward yang bertugas. Kumpulan penyokong tersebut kemudiannya ditahan sebelum dikeluarkan dari padang.

Advertisements

Pada ketika itu, kedua-dua pasukan berada di bilik persalinan dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Colombia kemudiannya meraih kemenangan menerusi bek kanan Crystal Palace, Daniel Munoz pada minit ke-61.

Munoz turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore selepas mendapat markah 8.0 mata.

Advertisements

Di media sosial, ramai terhibur dengan tindakan penyokong Colombia tersebut dan melihat mereka melakukannya kerana suka-suka.

Bagaimanapun, ada juga yang berpandangan tindakan mereka boleh menyebabkan Persekutuan Bola Sepak Colombia (FCF) dikenakan tindakan disiplin oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram