Tular Shin Tae-yong Beri Duit Raya Kepada Pemain Indonesia
Inspirasi
Seo Jeong-seok
Advertisements

Meskipun berada di perantauan kerana tugasan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 di Qatar, kejutan yang dibuat jurulatih Indonesia B-23, Shin Tae-yong menceriakan pasukan itu.

Kejutan yang dimaksudkan ialah pemberian duit raya sebanyak AS$100 (RM474) kepada setiap pemain dan staf kejurulatihan Tim Garuda.

Perkara ini dikongsikan oleh penterjemah Tae-yong, Seo Jeong-seok atau mesra disapa Jeje di akaun TikToknya semalam.

Advertisements

Rakaman video menunjukkan jurulatih Korea Selatan itu kelihatan gembira menyerahkan duit raya kepada semua pemain dan staf kejurulatihan.

“Ketika Coach Shin memberi duit raya! Aku masih tak dapat lagi,” katanya secara bergurau.

Kerana seronok mendapat duit raya, ada pemain dan staf mengusik Tae-yong dengan memanggil beliau Pak Haji.

Advertisements

“Alhamdulillah, pak haji. Terima kasih, pak haji,” kata salah seorang staf kejurulatihan Indonesia B-23 kepada beliau.

Tim Garuda bakal mengharungi kempen Piala Asia B-23 2024 yang membuka tirainya pada 15 April ini.

Indonesia berada dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Qatar, Jordan dan Australia. Indonesia bakal membuka kempen dengan menentang Qatar pada 15 April.

Advertisements

Ini disusuli perlawanan menentang Australia pada 18 April dan Jordan pada 21 April. Pasukan itu memiliki sasaran layak ke suku akhir Piala Asia B-23 yang ditetapkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram