Bantahan pasukan Selangor telah dibalas oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi surat yang tular di media sosial baru-baru ini.
Perdebatan hangat tercetus apabila tonggak Kuching City, Moses Atede yang sepatutnya digantung satu perlawanan kerana 3 kad kuning, diturunkan bertemu Selangor minggu lalu.
Tindakan Kuching City tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat Selangor yang menggesa agar pihak pengurusan kelab membuat aduan kepada FAM untuk tindakan lanjut.
Walaupun tiada sebarang pengesahan mengenai aduan yang dilakukan oleh Selangor, namun tular di media sosial tangkap layar sekeping surat balas oleh FAM terhadap bantahan yang dibuat.
Pengguna media sosial, Faizal Wahid memuat naik surat balas tersebut di laman Facebookbya yang memaparkan jawapan balas dari FAM mengenai status Moses Atede pada aksi terbabit.
Menurut surat tersebut, Jawatankuasa Tatatertib FAM telah menilai semula laporan Unit Pengadil dan memutuskan bagi menarik balik satu kad kuning Moses Atede ketika berdepan Negeri Sembilan lalu.

Hal ini kerana Jawatankuasa Tatatertib telah mempertimbang kekhilafan yang berlaku semasa perlawanan Kuching City vs Negeri Sembilan yang membabitkan kesalahan Moses Atede ketika itu.